al-fakir Zaman Ariffin al-Ahmadi













Asalamualaikum semua.... alhamdulillah syukur dengan nikmat dan anugerah yang Allah s. w. t. telah limpahkan kepada si fakir yang hina ini di sisi Allah yang Maha Mulia,selawat dan salam kepada jujungan yang mulia Rasulullah s a w........ kepada yang mengenali diri saya . terima kasih di ucapkan atas sokongan yang telah di berikan kawan dan sahabat setia semuanya. ibarat saudara semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita semuanya.. diam tak diam sudah lebih 5 tahun saya merawat sebagai tukang urut di kawasan pandan indah dan pandan jaya(sebelumnya)..... Alhamdulilllah dengan nikmat Allah bermula dengan rm1.30 di poket seorang Hamba Allah telah memberi saya rumah di pandan jaya tempat pertama bertapaknya saya sebagai tukang urut. pada hari pertama Dengan Nikmat Allah juga saya di beri tugas mengurut seorang tua, maka dari hari itu rezeki tak putus dan hidup telah berdikari dari situlah bermulanya saya sebagai tukang urut....
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Hayu Ya Qayyum Ya Hanan Ya Manan... bimbing la hambaMu yang daif ini kejalan yang benar lagi lurus. Tanpa EhsanMu maka hancurlah aku.......

Add caption

Urut Urat Lengkap Seluruh Badan


Untuk mendapatkan keputusan yang baik, urut urat seluruh badan adalah amat di galakan,,, perawat urut akan mengurut keseluruh bahagian badan lengkap semuanya, dengan kaedah ini semua angin sesat akan di buang dan bahagian anggota ,otot, urat dan perjalanan darah akan di betulkan,,
Permulaan , pesakit akan disuruh meniarap. perawat akan mengurut bermula dari bahagian belakang badan dari tulang sulbi dan sisi tulang belakang, hinggga ke bahagian belikat dan bahu belakang,, bahagian ini mempunyai titik refleksologi aktif yang paling banyak pada badan, jika ada bahagian yg terasa sangat sakit selalunya ia berkaitan dengan organ dalaman badan seperti jantung dan paru-paru untuk masalah pernafasan, jika bahagian bawah sulbi sakit ia berkaitan degan masalah sistem kelamin lelaki. bahagian ini akan di urut berulang kali sehingga selesai semua bahagian di betulkan.
    Kemudian perawat akan mengurut dan membetulkan urat dan otot pinggul dan paha kaki belakang pesakit , betis hingga buku lali dan tapak kaki,, darah akan ditolak ke atas ke bahagian badan pesakit, pekara sama kedua2 belah bahagian kaki sehingga selesai otot dan urat di betulkan..
      Anggota Tangan bahagian belakang dan jari di urut dan di betulkan urat dan otot di kedua2 belah bahagian dan darah di tolak ke badan pesakit.
        bahagian akhir yang di urut semasa pesakit meniarap adalah bahagian kepala sehingga selesai.
        Apabila semua bahagian belakang selesai di urut pesakit akan di suruh terlentang,,,
        Untuk bahagian depan ... urutan di mulakan dari dada ke pusat. kemudian perut
          Urutan di perut penting kerana punca penyakit selalunya datang dari perut. Kaabah adalah pusat dunia.. maka perut ada pusat bagi badan manusia . urutan sama seperti pusingan tawaf di Kaabah lawan jam dan tujuh pusingan.
          Selesai bahagian perut. Kawasan rusuk akan di urut dari belakang ke depan seulas demi seulas sehinggga rusuk atas dan di kedua2 belah.
          Lengan dan tangan depan akan di urut di kedua2 belah sehingga selesai .
            Apabila bahagian atas badan selesai . urutan di peha di buat bermula dari sendi atas lutut. bahagian peha ini penting sebab urat di sini bersambung dengan urat batin lelaki. Urut membetulkan urat dan otot di kedua-dua belah di buat sehingga selesai. bahagian ini juga penting untuk orang yg mengalami masalah sakit pinggang.
            Kemudian bahagian bawah kaki di urut dari hujung jari ke atas sebelum semua darah di tolak ke atas .Apabila selesai . perawat akan mengurut bahagian kepala depan dan muka pesakit sehingga selesai.
              Apabila semua bahagian anggota tersebut selesai di urut, sedikit senaman akan di buat pada kaki pesakit senaman harimau untuk membetulkan balik kedudukan tulang belakang dan pinggul. Bahagian akhir yang di urut adalah di tempat sulit lelaki. Bahagian ini diurut bila pesakit mahu dan menghadapi masalah sahaja, jika pesakit tidak mahu di urut bahagian ini perawat tidak akan menyentuhnya, urat akar pangkal akan dibetulkan dulu iaitu di bawah telur dan sisi pangkal zakar. ari-ari ke pusat. dan urutan dari pangkal ke takuk. angin akan dibuang, urat dan otot di betulkan.
                Apabila semua selesai di urut pesakit akan di suruh duduk . perawat akan membetulkan urat tangan dan badan dari belakang. sebelum mengakhiri rawatan urutnya dengan berselawat. dan mintak dipulihkan kesihatan pesakit dengan izin Allah.
                Untuk Rawatan Urut Lengkap Seluruh Badan .. pesakit tidak di galakkan mandi selepas berurut sekurang-kurangnya 3 jam selepas berurut...sebab minyak yang digunakan akan meresap ke dalam badan pesakit dalam masa itu dan memulihkan badan.dan untuk mengelakkan angin masuk semula ke badan pesakit. pesakit juga tidak digalakkan membuat kerja kuat seperti mengangkat barang berat atau bersukan. sebab semasa berurut otot2 seperti di paksa membuat keja jadi seelok-eloknya pesakit di nasihati berehat atau tidor di rumah.
                  Insyaallah selepas berurut badan pesakit akan kembali normal, rasa lebih ringan dan bertenaga,dan pergerakkan anggota badan menjadi lebih selesa...Dengan Izin Allah biasanya badan pesakit akan pulih . adalah di galakkan ulangan urutan di buat selepas itu. paling awal 3 hari , 5hari atau 7hari tapi bukan satu syarat, seelok2nya urutan berjadual di buat setiap bulan, ini cara yang terbaik.

                    Dapatkan Rawatan Sebenar Urut Melayu Tanpa mengeluarkan wang yang banyak dan rawatan yang sia-sia dari tukang urut comersial sekarang.

                    Upah untuk Rawatan Lengkap Urut Urat Seluruh Badan... RM 70

                        tiada charge- tersembunyi dikenakan.. upah urut adalah tetap, upah urut adalah berdasarkan kederat yang di gunakan oleh perawat semasa mengurut, diharap tidak membebankan pesakit. jika benar-benar tidak mampu boleh berbincang dengan saya. Sesungguhnya saya mencari yang halal, yang halal itulah yang berkat dan yang berkat itu mencukupi walaupun sedikit, insyaallah.

                        Masa Rawatan Urut Urat berbeza-beza mengikut masalah yang dihadapi,,, selalunya mengambil masa dari sejam ke sejam 30 minit.... kadang-kadang ada juga sampai 2 jam kerana banyak urat yang perlu di betulkan... bayaran tetap sama ikut badan bukan ikut jam... saya mengurut sehinggga selesai satu badan bukan mengikut jam seperti tukang urut sekarang.

                          Kembalikan Stamina Dan Kecergasan Badan Anda Dengan Berurut

                          Berurut merupakan amalan tradisi masyarakat melayu sejak zaman berzaman......urut cara melayu berbeza dengan cara urut bangsa lain.. urut urat melayu... adalah kaedah urut di mana pengurut akan membuang angin sesat dalam badan dan membetulkan urat simpul, dengan cara urutan sehingga semua angin sesat  yang menyebabkan sakit-sakit badan itu keluar dari badan melalui pemindahan ke badan tukang urut,,,,dan urat badan dibetulkan kedudukannya.
                          Kaedah urut cara urut urat ini kebiasaannya adalah Anugerah dari Allah kepada hambanya yang menjadi tanggugjawab hamba Allah itu memikul tanggungjawab merawat kepada yang sakit..dan sesungguhnya ilmu Allah itu tak terhingga luasnya...Tiada unsur-unsur kurafat di gunakan, minyak urut di masak sendiri oleh tukang urut,.. pengurut hanya mengunakan salawat dan ayat alquran untuk mengurut badan pesakit di samping bertawakkal kepada Allah .
                          Banyak Faktor yang menyebabkan seseorang mengalami sakit badan . Faktor utama adalah faktor fizikal akibat bertambahan umur,, hormon badan tak stabil, kurang bersenam, faktor kerja yang berpanjangan, kurang rehat,, duduk terlalu lama depan komputer, masalah sakit kronik seperti lemah jantung. darah tinggi, kencing manis , sakit buah pinggang dan lain-lain.
                          Sering juga terjadi sakit-sakit badan di sebabkan gangguan mahluk halus. makluk halus dari bangsa jin  yang hinggap di belakang tengkuk , belikat dan sendi-sendi dan urat pesakit selalu menjadi punca pada kesakitan, lesu, lenguh, sakit kepala,gelisah, sukar tidur, berdebar dan sebagainya...kaedah bacaaan ayat alquran dan mengurut dengan air yasin selalu digunakan,,
                          selalunya perawat dapat mengesan sakit berpunca dari masalah fizikal atau gangguan...............
                           setiap penyakit datangnya dengan kehendak Allah , maka dariNyalah juga kita meminta pertolongan.

                          Pusat Rawatan Urut Zaman Ariffin

                          Pusat Rawatan Urut Zaman Ariffin........ pusat rawatan ini merupakan sebuah rumah kedai ( bukan Centre atau Pusat Urut)......alamat lengkap di ....

                          Alamat Saya di.no16D,, Jalan Pandan Indah 1/23c 55100 Pandan Indah . Kuala Lumpur........ Bersebelahan dengan The Store Mid Point Pandan Indah....town centre... rumah kedai atas kedai U knite, sederet dengan kfc pandan Indah....... cara untuk ke sini senang sahaja...jika anda memandu ikut mmr2 berhampiran tesco ampang, tak jauh dari taman semelin, dan pandan jaya,. lrt yang palig hampir LRT CEMPAKA. atau naik BAS metro no 30 dari maybank dekat Bangkok Bank KL...................................................................................................
                          Untuk berurut tidak perlu membawa kain dan sebagainya, semua ada disediakan.
                          Saya mengurut dari pukul 10 pagi sampai pukul 11 malam.masa antara waktu magrib dan isyak dari pukul 7malam hingga 9 malam saya tidak mengurut, dan hari jumaat bermula dari 3.30 ptg...yang datang berurut dengan saya terdiri dari berbilang usia, bangsa dan agama,,, dari umur 16tahun sehinggalah yang berumur 78 tahun,,, melayu, cina dan india.....
                          Untuk berurut temujanji diperlukan sebab saya mengurut seorang-seorang pada satu-satu masa........... untuk membuat temujanji sms atau call terus ke no ini, sila sms sahaja antara waktu magrib dan isyak
                          Sila buat temujanji awal untuk mengelakkan kesulitan,kerana sejak kebelakangan ini ramai yang datang berurut.
                          Rawatan Urut Urat al-fakir Zaman Ariffin, adalah rawatan urut lengkap yang sebenar, bukan rawatan untuk keseronokan atau yang berunsur maksiat,.. jika anda mencari tempat urut berunsur yang demikian di harap tidak datang ke tempat saya. harap maklum.
                          ZAMAN ARIFFIN-.....017-2670368





                          View Larger Map

                          Barangan Kesihatan



                            Minyak Herba (serbaguna) Morhabshi:
                            Berikut adalah khasiat
                            histeria,
                            dirasuk syaitan
                            sihir (buatan orang)
                            santau
                            bayi 'diganggu'
                            bayi 'kembung'
                            sawan tangis
                            pusat bayi (agar mudah tanggal)
                            batuk
                            lelah/asma
                            sakit gigi
                            senak
                            cirit birit
                            kanser (luar)
                            kayap
                            kurap
                            gatal-gatal (termasuk celah jari kaki & pangkal paha)
                            jerawat batu (termasuk bisul kecil pada muka, kepala, tubuh)
                            kudis
                            bisul
                            melecur terkena api atau air/minyak panas
                            gigitan serangga & binatang bisa
                            dan sebagainya...
                            Dapatkan Minyak Herba Morhabshi dari Zaman Ariffin, minyak ini disedekahkan kepada sesiapa yang  berhajat  dan memerlukan, atau anda boleh bersedekah kepada  tabung anak2 yatim, sekolah tahfiz  quran yang ada di sediakan, menambah berkah kepada minyak dan pahala terus tersebar terutama untuk Almarhum Ustaz Haji Abdul Hamid B. Ahmad waris dan keturunannya yg membuat minyak ini untuk manafaat manusia sejagat,,amin
                              Garam Bukit 
                              adalah istilah yang diberikan oleh masyarakat Melayu untuk membezakan dengan garam biasa yang diperoses daripada air laut, manakala garam bukit terbentuk secara semula jadi sejak beratus juta tahun lalu.  Istilah Garam Bukit kurang memperlihatkan kegunaannya secara khusus untuk kesihatan, kecuali bagi mereka yang sudah mengetahui.  Pengalaman saya dalam perniagaan yang berasaskan garam bukit ini, masyarakat Melayu agak ketinggalan tentang maklumat dan pengetahuan tentang menfaat garam bukit.  Dalam masyarakat Malaysia, rakan kita dari keturunan Cina dan India lebih memahami kegunaannya. 
                              Berdasarkan fakta, bahawa garam bukit mengandung 84 elemen (hydrogen, lithium, beryllium, boron, carbon, nitrogen, oxygen, fluoride, sodium, magnesium, aluminum, silicum, phosphorus, sulfur, chloride, calcium, scandium, titanium, vanadium, chromium, manganese, iron, cobalt, nickel, copper, zinc, gallium, germanium, arsenic, selenium, bromine, rubidium, strontium, yttrium, zirconium, niobium, molybdenum, ruthenium, rhodium palladium, silver, cadmium, indium, tin, antimony, tellurium, iodine, cesium, barium, lanthanum, cerium, praseodymium, samarium, europium, gadolinium, terbium, dysprosium, holmium, erbium, thulium, ytterbium, lutetium, hafnium, tantalum, tungsten, rhenium, osmium, iridium, platinum, gold, mercury, thallium, lead, bismuth, polonium, astatine, francium, radium, actinium, thorium, protactinium, uranium, neptunium and plutonium), sama dengan elemen bumi dan tubuh badan kita, berbanding garam biasa yang hanya mempunyai 2 elemen sahaja, maka kami jenamakan Garam Bukit ini sebagai GARAM MINERAL SEMULA JADI.  Dengan jenama ini, kami berharap masyarakat kita, khususnya orang Melayu memahami kepentingan dan kegunaannya.
                              Garam Mineral Semula Jadi ini amat berfaedah kepada kesihatan kita, dan boleh digunakan secara dalaman (dimakan atau diminum) atau secara luaran (sebagai rendaman kaki, mandian, atau sapuan), dan bersifat anti septik.  Oleh sebab garam ini terhasil terus daripada proses alam dan tidak dicampur dengan apa-apa bahan lain maka ia bersifat natural dan tidak diragui tentang status halalnya.


                              4

                              4


                              al fakir

                              al fakir
                              Zaman Ariffin al-Ahmadi

                              About this blog

                              Rawatan Lengkap Urut Urat Islam Melayu Anugerah Allah...... al-fakir ZAMAN ARIFFIN 017-2670368 Pandan Indah, Kuala Lumpur